Parti Keadilan Rakyat (PKR, juga dikenali sebagai Keadilan) adalah salah sebuah parti pembangkang di Malaysia yang merupakan hasil gabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Sumber Dari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Keadilan_Rakyat
Sejarah penubuhan
Parti Keadilan Nasional merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada September 1998. Sekumpulan NGO dan parti pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (Adil) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.
Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti Keadilan Nasional diadakan pada 4 April 1999.
Sumber Dari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Keadilan_Rakyat
Lambang parti
Lambang parti berupa segi empat tidak sama yang berwarna biru langit (sky blue) beserta lajur merah di kiri dan kanan. Di tengah-tengah segi empat terdapat sfera berwarna putih dan di tengah-tengah sfera itu terdapat satu bulatan penuh berwarna biru langit membentuk lambang “mata yang terbuka“.
Simbolisme lambang parti :
- Mata yang terbuka melambangkan :cahaya yang menyuluh perjuangan menegakkan keadilan;
mencerminkan hati nurani yang mendorong parti mencapai perubahan - Dua jalur merah di kiri dan kanan melambangkan :keberanian yang menyeluruh;
komitmen memperjuangkan kebenaran dan keadilan
Lambang parti juga adalah hasil gabungan lambang-lambang Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia.
+
=
Lagu Parti
Lagu dan senikata dicipta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lagu ini pertama kali diperdengarkan kepada umum oleh koir seramai 120 orang pemuda semasa Pelancaran Parti Keadilan Rakyat pada 3 Ogos 2003 di Kuala Lumpur.
Arus Perjuangan Bangsa
Keadilan!
Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak MalaysiaKebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia
Prestasi parti
Parti Keadilan Nasional kemudiannya membentuk pakatan Barisan Alternatif (BA) dengan PRM, Parti lslam Se-Malaya (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pada pilihanraya sulung pada tahun 1999, Parti Keadilan Nasional berjaya memenangi 5 kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu serta 4 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Perak. Pada pilihanraya kecil Lunas pada 2001, calon Keadilan, Saifuddin Nasution menewaskan calon Barisan Nasional dan menjadi ADUN kelima dari Parti Keadilan Nasional.
Pada bulan Februari 2003, Keadilan telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan mengambil nama seperti sekarang. Pada tahun 2004 Keadilan hanya memenangi sebuah kerusi Parlimen pada pilihanraya umum pada tahun itu, iaitu di Permatang Pauh yang disandang oleh Presidennya sekarang, Datin Seri Dr. Wan Azizah.
Pada bulan Mei 2006 semasa pilihanraya Sarawak 2006, Keadilan berjaya menawan 1 kerusi menerusi Dominique Ng yang memenangi kerusi tersebut mengalahkan penyandang, Lily Wong (SUPP-BN) di DUN Padungan.
Sumber Dari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Keadilan_Rakyat
Leave a Reply