Faktor Anwar Ibrahim

5 04 2008

Ternyata ramalan PKR bahawa pilihan raya akan diadakan sebelum Anwar Ibrahim boleh menyertai pilihan raya , benar belaka. Jika Anwar Ibrahim dibenarkan bertanding dalam pilihan raya, keadaan mungkin jauh berbeza dan lebih berbahaya kepada Barisan Nasional. Parti Keadilan Rakyat berjuang dalam keadaan patah kaki, tempang , tanpa pemimpin karisma mereka.

Sebelum ini ada ura-ura membawa balik Anwar Ibrahim ke dalam UMNO terutama selepas Abdullah Ahmad Badawi membebaskan beliau dari penjara pada 2 September 2004. Tetapi kemasukan Anwar hanya akan menjejaskan peluang Najib Tun Razak dan pemimpin pelapis UMNO yang lain untuk naik ke atas. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri memberi isyarat-isyarat yang tidak merestui kemasukkan Anwar Ibrahim kembali ke dalam UMNO. Tetapi jika faktor Anwar Ibrahim terlalu kuat bagi UMNO, kemungkinan itu tetap ada. Lagipun bukan Anwar Ibrahim yang keluar dari UMNO, tetapi keahliannya digantung oleh Dr Mahathir Mohamad ketika itu. Dr Mahathir Mohamad tidak merujuk kepada Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam kempen untuk anaknya Datuk Mukhris Mahathir di parlimen Jerlun, Kedah, Dr Mahathir Mohamad mengaku bahawa beliau bertindak ke atas Anwar Ibrahim tanpa sebarang kesalahan apa-apa. Ramai yang terkejut dengan kenyataan terbaru Dr Mahathir ini, adakah datang dari hati yang ikhlas. Katanya :

"Padahal dia (Anwar) tidaklah bersalah walau sedikit apa pun. Tetapi, yalah pada ketika itu sukar untuk kawal keadaan."

sumber dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Parti_Keadilan_Rakyat_2008


					
Advertisements




Politik Parti Keadilan Rakyat 2008

27 03 2008

Senario politik Parti Keadilan Rakyat 2008 dilihat lebih mantap , menyeluruh dan terancang ketika menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 berbanding semasa menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang lalu. Jentera pilihan raya PKR dilihat telah bergerak lebih awal bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka pada tahun 2008.

Dalam pilihan raya kali ini, PKR berjaya berpakat dengan parti pembangkang lain agar perlawanan dua penjuru dapat diadakan. Tidak ada gunanya bertanding sesama sendiri dengan parti pembangkang yang lain. Walaupun kerjasama ini terhad kepada pemilihan calon semata-mata, tetapi impaknya cukup besar. Ini menunjukkan parti gabungan PKR-DAP-PAS dapat bekerjasama , setidak-tidaknya semasa pilihan raya.

Sumber Dari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Parti_Keadilan_Rakyat_2008