10,000 Dijangka hadiri perhimpunan Gelita 14 Isnin ini

14 04 2008

KIRA-KIRA 10,000 orang dijangka menghangatkan majlis sambutan ‘Gelita 14′ yang akan diadakan isnin depan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di ibu negara.

Menurut Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali perhimpunan ini juga akan lebih bersejarah apabila Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim, buat pertama kalinya akan menghadiri perhimpun tersebut dan akan menyampaikan ucapan julung kalinya selepas pilihanraya.

“Anwar akan menyampaikan ucapan perdana yang pertama selepas pilihanraya umum lalu. KeADILan juga mengundang pemimpin PAS dan DAP untuk majlis tersebut,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan, semalam.

‘Gelita 14′ disambut setiap tahun sebelum ini bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999.

Sambutan ini pada tahun-tahun awal 2000-an biasanya bersifat demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur anjuran aktivis Gerakan Reformasi dan penyokong KeADILan.

Advertisements




Suara Keadilan

5 04 2008

Suara Keadilan merupakan sebuah akhbar politik berbahasa Melayu milik parti politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sumber Dari: http://www.suarakeadilan.com/isi/